1.0 PENGENALAN
Obesiti dan overweight adalah istilah untuk menyatakan badan. Obesiti bererti lemak tubuh yang boleh membahayakan kesihatan manakala overweight menggambarkan lebihan berat badan berbanding berat badan normal. Dahulu, berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan kemakmuran. Namun berat badan berlebihan kemudiannya lebih berkait dengan penampilan dan akhirnya umum menyedari bahawa keadaan ini berkait rapat dengan pelbagai penyakit.
Overweight dan obesiti diketahui boleh mengakibatkan beberapa penyakit jantung, diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi yang melebihi purata tekanan darah normal iaitu 120/80), dan dislipedimia (tahap kolesterol darah tinggi). Disebabkan ini, masyarakat kini telah semakin mengambil berat tentang kesihatan dan bentuk badan sendiri.Demi mencapai bentuk badan yang diiingini dan menjaga kesihatan, terdapat banyak permintaan di pasaran terhadap produk-produk yang berkaitan dengan penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan. Antaranya ialah seperti ubat-ubatan, krim, makanan atau minuman kesihatan dan alat bantu serta rawatan bentuk badan dan kegemukan. Walaubagaimanapun tubuh badan yang cergas dan pengurangan lemak di badan hanya diperoleh dengan melaksanakan aktiviti sukan serta pemakanan yang seimbang. Kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin menular di negara-negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Obesiti juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan, kanser, dan sebagainya.
Statistik menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 22 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang berusia 5 tahun ke bawah didapati mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan kegemukan.
Kajian kes yang dilakukan terhadap Muhammad Faryzal Bin Mohd Fazil yang berumur 2 tahun yang mempunyai berat badan sebanyak 21.8 kg, tinggi 92cm dan BMI 25.7 telah mengalami obesiti kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Dari segi pemeriksaan yang telah dilakukan didapati kanak-kanak tersebut aktif di rumah dan tiada komplikasi asma tetapi perkembangannya tidak sihat. Muhammad Faryzal hanya pandai panggil perkataan “mama” sahaja dan tidak pandai untuk mengabungkan perkataan. Jika beliau mahukan sesuatu benda, beliau menunjukkan ke arah barang tersebut dan akan menangis jika kemahuannya tidak dituruti. Di usia 2 tahun ini, beliau sudah boleh menconteng di kertas. Ibu beliau menyatakan telah memberi Muhammad Faryzal susu formula iaitu susu “Dushlady” dengan sukatan 6 sudu penuh dengan 3 kali menyusu pada waktu malamnya. Sebelum tidur, beliau akan makan nasi dengan kadar yang banyak dan minum susu selepas itu. Menurut ibu beliau, jika susu dan makanan berat tidak diberi sebelum tidur, beliau akan menangis dan mengamuk. Beliau sangat suka minum ribena dirumah dan akan membawa minuman ribena ke mana sahaja. Selepas disoal, Muhammad Faryzal diberi tarikh temu janji dengan doktor bagi menangani masalah obesitinya pada 16 april 2012 di klinik kesihatan Maharaja Lela.
1.1 GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM OBESITI
- · Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.
- · Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya.
- · Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.
- · Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)
- · Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar- pakar pemakanan.
Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti :
1. Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)
2. Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan)
3. Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'.
4. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain
2.0 DEFINISI
2.1 Obesiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1993), obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
2.2 Kanak-kanak
Akta kanak-kanak 2001 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam Seksyen 2 sebagai seseorang di bawah umur 18 tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1993), kanak-kanak ialah budak lelaki atau perempuan yang masih kecil dan kebiasaannya yang belum berumur lebih daripada 7 hingga 8 tahun.
Definisi obesiti menggunakan pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) (Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Jika ingin tahu berat badan serta ketinggian itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, jururawat boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan klien dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
berat(kg)
BMI = ------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, jururawat bolehlah melihat carta bagi menentukan sama ada klien tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
INDEKS JISIM BERAT BADAN | |
Status | BMI |
Kurus | Kurang 20.6 |
Normal | 20.7 – 26.4 |
Gemuk | 26.5 – 30.9 |
Obesity | 31.0 – 45.2 |
Bahaya | Lebih 45.3 |
2.3 FAKTOR-FAKTOR OBESITI
Saintis mendapati bahawa risiko obesiti di kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh 2 faktor:
- Keadaan nutrisi ibu ketika hamil.
- Keadaan nutrisi kanak-kanak ketika bayi.
Kedua-dua keadaan, sama ada kurang zat atau terlebih zat ketika ibu hamil, boleh meningkatkan risiko janin menjadi terlalu gemuk dan obes. Ini bermakna pengambilan ekstrem di mana-mana hujung spektrum zat pemakanan adalah membahayakan.
Diet ibu mengandung yang kekurangan nutrien utama boleh meningkatkan risiko obesiti kepada anak yang dikandungnya sama seperti jika dia mengamalkan diet yang tinggi kandungan lemak, gula dan kalorinya.
Begitu juga, bayi yang sama ada terlebih zat atau kekurangan zat ketika awal usia tumbesarannya bakal mengalami kesan berpanjangan dalam pengawalan berat badan. Sebagai contoh, anak yang lahir kurang berat badan dan kemudiannya diberi makanan formula untuk 'mengejar' pertumbuhan akan cenderung menjadi obes pada kemudian hari.
3.0 FAKTOR-FAKTOR OBESITI TERHADAP KANAK-KANAK
3.1 GENETIK
Kegemukan boleh diwarisi daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga. Hal tersebut merupakan penyebab kita seringkali menemui ibu bapa gemuk yang cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga.Hal ini menunjukkan bahawa faktor genetik mempunyai kaitan dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh. Hal ini demikian kemungkinan ketika ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak berjumlah besar dan melebihi normal secara automatiknya akan diwarisi oleh bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah jika bayi yang lahir juga memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.
3.2 PEMAKANAN
Orang yang mengalami obesiti lebih responsive terhadap isyarat luaran seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan berbanding orang yang mempunyai berat badan normal. Orang yang obesiti cenderung makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada kegemukan jika tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk berat badan.
3.3 PERSEKITARAN
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata mempengaruhi seseorang unutk mengalami obesiti. Jika seseorang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap bahawa kegemukan adalah symbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
3.4 GAYA HIDUP
Kanak-kanak yang tidak bergerak aktif dengan bersukan dan bersenam lebih berisiko tinggi untuk mengalami obesiti. Kanak-kanak yang banyak menonton televisyen dan menghabiskan masa dengan bermain komputer sahaja akan menggalakkan pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
4.0 MANIFESTASI KLINIKAL
- Berat badan yang berlebihan (obesiti)
- Ukur lilit perut yang berlebihan (buncit)
- Hipertensi
- Paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia)
- Peningkatan paras glukos dalam darah ( diabetes atau prediabetes)
- Masalah jantung
5.0 PENYELIDIKAN
5.1 KAJIAN DALAM NEGARA
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (HNHMS 111) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak paling ketara dalam lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah rendah.
Keadaan tersebut berlaku disebabkan beberapa penyumbang termasuk kegagalan ibu bapa memahami keperluan pemakanan sebenar kanak-kanak ketika tempoh tumbesarnnya. Sebagai contoh, kecenderungan ibu bapa membiarkan anak-anak terlalu bergantung kepada makan ringan (junk food) yang sememangnya diketahui tidak mengandungi khasiat yang makanan diperlukan untuk tubuh. Begitu juga amalan mengunjungi rangkaian restoran makanansegera yang kian menjadi satu budaya dalam kalangan keluarga dibandar-bandar besar ketika ini. Kesemua itu menyumbang kepadagaya hidup tidak sihat yang sedikit sebanyak menjadi punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih memahami keperluan pemakanan kanak-kanak bagi tumbesaran yang optimum. Ibu bapa perlu tahu mengenai nutrisi dan faktor gaya hidup agar anak-anak mencapai potensi tumbesaran mereka.
Mengesan masalah obesiti
- Klien, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
- Dapat dikesan apabila klien membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan Kesihatan.
- Apabila klien mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
- Kebiasaanya klien kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
- Diagnosa klien disahkan melalui kriteria BMI.
- Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi.
- Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam.
6.0 JAGAAN PERAWATAN
6.1 PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG
Bagi mengatasi masalah obesiti, pola pemakanan kanak-kanak perlu diubah menjadi lebih teratur secara bertahap. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan menu makanan yang lebih sihat. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak makan tepat pada waktunya. Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak makan ditempat yang sesuai iaitu di meja makan. Apabila berada di meja makan, kanak-kanak akan lebih fokus untuk menghabiskan makanannya.
Kanak-kanak perlu diberi jadual pemakanan yang konsisten sekurang-kurangnya tiga kali sehari termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Jadual pemakanan yang teratur bukan sahaja mengatifkan kadar metabolism badan, malah ia dapat menghindari pengambilan kuantiti makanan secara berlebihan.
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak memakan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka yang gemar memakan makanan ringan harus diberi nasihat tentang keburukan makanan ringan tersebut. Satu lagi cara ialah ibu bapa memberi limitasi tentang makanan ringan ini.
Kanak-kanak perlu dielakkan daripada memakan banyak makanan ringan kerana terdapat sesetengah jenis bahan yang dalam penghasilannya yang boleh mengakibatkan batuk, sekaligus menyebabkan mereka berada dalam situasi yang kurang sihat. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya obesiti dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Antaranya ialah penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, dan sebagainya.
Kanak-kanak perlu diberikan buah-buahan, sayur-sayuran atau jus sebagai selingan untuk menggantikan makanan segera atau makanan ringan seperti kerepek kentang. Hindari kanak-kanak daripada mengambil minuman bersoda yang tinggi kandungan gula dan kalorinya. Pengambilan minuman seperti susu rendah lemak adalah sesuai untuk kanak-kanak. Di samping itu, kanak-kanak juga perlu diajar untuk memilih makanan yang tinggi serat dan mengurangkan pengambilan makanan berkalori. Ibu bapa harus peka dan mengawasi saiz hidangan yang diambil oleh anak masing-masing. Malah, dengan mempelbagaikan hidangan kepada kanak-kanak, ia mampu mengelakkan masalah jemu. Hal ini berikutan pengawalan makanan kanak-kanak tidak boleh disamakan dengan orang dewasa keranaselera kanak-kanak terutama yang mengalami obesiti tidak boleh disekat tetapi boleh dikawal.
6.2 TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL KANAK-KANAK
Bagi kebanyakkan kanak-kanak, bersenam adalah sesuatu yang menggembirakan. Oleh itu, setiap keluarga seboleh-bolehnya mengamalkan sedikit perubahan dalam cara kehidupan untuk anak-anak tidak mengalami obesiti. Gejala kegemukan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak turut berpunca daripada kurangnya aktiviti fizikal termasuk sukan dan riadah, sama ada di sekolah mahupun di rumah. Trend kebanyakkan ibu bapa dan pihak sekolah pada masa ini memberi lebih tumpuan terhadap akademik berbanding aktiviti fizikal turut berpunca daripada kurangnya masalah ini berlaku. Persepsi ini perlu dikikis kerana senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh sebenarnya merangsang minda dan otak kanak-kanak menjadi lebih aktif.
Kanak-kanak boleh dipupuk untuk melakukan riadah atau kegiatan sukan yang menyeronokkan. Selain daripada membantu memperkukuh ikatan kekeluargaan, aktiviti berkenaan turut menyihatkan anggota keluarga lain. Ia boleh dilakukan secara santai mengikut kegemaran masing-masing. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal dan mendisiplinkan mereka untuk melakukannya walaupun secara tidak langsung. Sebagai contoh, jika berada di pusat membeli belah yang mempunyai lif, ajar kanak-kanak untuk tidak menggunakan kemudahan tersebut sebaliknya menaiki tangga.Selain itu, galakkan kanak-kanak mengayuh basikal atau berjalan kaki ketika ke kelas tuisyen atau mengaji sekiranya berhampiran dengan kawasan rumah. Tempat riadah yang terdapat di kawasan perumahan dan sekolah perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Sebagai contoh, tempat riadah di kawasan perumahan membolehkan kanak-kanak menggunakan masa lapang mereka untuk bermain dan melakukan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. Kawasan permainan kecil disekolah membolehkan kanak-kanak berlari dan bermain sementara menunggu bas sebelum pulang ke rumah.
1) Pemakanan
· Beri perhatian kepada apa yang anak-anak makan.
· Mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
· Bijirin penuh dengan pengambilan serat 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
· 30% kalori daripada lemak.
· Untuk mengurangkan berat badan:
ü Pastikan jumlah makanan dan bilangan hidangan dikurangkan.
ü Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik mengukus atau bakar makanan tesebut.
ü Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
ü Kawal pengambilan makanan ketika makan.
ü Kurangkan minuman manis.
ü Baca label makanan terutama kandungan kalori.
2) Aktiviti fizikal
Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, dan bersenam semasa menonton TV.
· Perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang kanak-kanak selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
· Ubah tabiat
ü Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan ( seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya)
ü Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
ü Timbang berat badan sekali seminggu.
ü Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
ü Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
· Ubat-ubatan
ü Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurukan berat badan.
ü Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
· Pembedahan
ü Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI>40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perlu) dan lain-lain.
ü Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
6.3 RAWATAN YANG PERLU DIJALANI BAGI PESAKIT OBESITI
1) Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes, rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
2) Doktor akan memantau BMI dan merawat komplikasi klien.
3) Ibu bapa perlu memberi sokongan dan motivasi untuk mengurangkan berat badan anak.
7.0 PENDIDIKAN KESIHATAN
- Pastikan seluruh keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.
- Pastikan bila kanak-kanak memilih makanan, makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.
- Jika kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja.
- Kurangkan kanak-kanak menonton TV dan pastikan kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak lain.
- Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
- Elakkan menggunakan susu pekat manis dan kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
- Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen. Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
- Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan menggoreng makanan, banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
- Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesity dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara-perkara yang tersebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara-perkara yang mudah untuk diubah dan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.
8.0 KOMPLIKASI KESIHATAN YANG BERKAITAN DENGAN OBESITI
- Masalah psikologi
- Osteoarthritis of knees and hips
- Varicose veins
- Hiatus hernia
- Batu hempedu
- Komplikasi pembedahan
- Back strain
- Accident proneness
- Obstructive sleep apnoea
- Darah tinggi
- Sesak nafas
- Sakit jantung iskemia
- Strok
- Diabetes mellitus jenis 2
- Hiperlipidemia
- Ketaknormalan haid
- Meningkatkan morbiditi dan mortaliti
- Meningkatkan risiko kanser
- Kegagalan fungsi jantung
8.0 PENUTUP
Kesan obesiti yang menggugat kesihatan dan meruntun emosi ini kini bukan hanya terjadi di kalangan orang dewasa sahaja. Statistik terbaru menunjukkan bahawa 22 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia mengalami kegemukan keterlaluan. Sungguhnya, ahli-ahli sains bimbang dengan peningkatan bilangan kanak-kanak yang menghidap gejala ini, bilangan yang saban tahun kian meningkat.
Asia, yang suatu ketika dahulu kalis akan masalah ini kerana perbezaan diet dan gaya hidup, kini dilaporkan mengalami peningkatan mendadak kes-kes obesiti di kalangan kanak-kanak.
Obesiti bukan sekadar menjejaskan kehidupan seharian dan menurunkan kualiti hidup, ia turut mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit-penyakit orang dewasa yang serius termasuk kencing manis,darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak yang terlalu gemuk dan obes lebih cenderung menjadi seorang dewasa yang terlalu gemuk dan obes.
kajian demi kajian menunjukkan bahawa risiko obesiti sangat berkait rapat dengan nutrisi awal dan nutrisi ibu ketika mengandung. Jadi dalam kes ini, pepatah 'pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan' adalah tepat sekali. Tanamkan tabiat pemakan yang baik di rumah dan berikan anak-anak model terbaik untuk dicontohi dengan mengamalkannya sendiri, terutamanya ketika mengandung.
thanks... ianya berguna untuk study case saya :D
ReplyDeletemmg terbaek case study nih..hehe
ReplyDeletetenkiu soo much for this info.. now i can use it for my case study..
ReplyDelete